Dec 28, 2011

480 : Kisah & Pengajaran

Kisah 46 : Kasih Ibu

Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda, "Ada dua orang perempuan sedang bermain-main dengan anak mereka. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menerkam salah seorang anak itu, kemudian dibawanya lari. Maka ibu yang mempunyai anak yang diterkam berkata kepada ibu yang anaknya selamat : 'Yang dibawa lari serigala ialah anakmu.' Temannya pun membantah : 'Bukan, yang diterkam serigala ialah anakmu.'

Mereka saling berebut, maka kedua-duanya bersepakat menemui Nabi Daud (a.s) untuk meminta bantuan. Lalu Nabi Daud memberikan keputusan bahawa anak tersebut ialah putera daripada ibu yang lebih tua usianya.

Kerana tidak puas hati, kemudian mereka mengadukan kepada Nabi Sulaiman bin Daud (a.s). Nabi Sulaiman berkata : 'Bawalah kepadaku sebilah pisau untuk membelah anak ini agar masing-masing ibu mendapatkan bahagiannya.' Perempuan yang lebih muda kemudian berkata, 'Jangan lakukan! Semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Itu anak daripada ibu ini,' katanya sambil menunjukkan kepada ibu yang lebih tua. Maka Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut putera daripada ibu yang lebih muda.'"

(Al-Bukhari, 3427 ; Muslim 1720)

Pengajaran daripada cerita di atas :
1) Kecerdasan merupakan anugerah Allah, tidak ada kaitannya dengan faktor usia seseorang.

2) Kebenarna itu hanya ada pada satu pihak.

3) Diberi kelonggaran kepada para nabu untuk melakukan ijtihad lalu memberi keputusan.

4) Dibolehkan berdiplomasi untuk memutuskan suatu kebenaran.

5) Berdasarkan hadis ini al-Nasa'i berpendapat bahawa seseorang hakim dibolehkan membatalkan keputusan hakim lainnya kerasa alasan yang benar, sekalipun hakimpertama mempunyai kedudukan sama dalam keilmuan atau yang lebih tinggi ilmunya daripada hakim kedua. (Dalam civil court di Malaysia juga perkara yang sama diguna-pakai cuma ada beberapa procedure yang harus dipatuhi, saya bukan promote court Malaysia ya di sini, cuma untuk informasi semua sahaja).

6) Seseorang hakim yang memutuskan hukum dengan benar tetap mendapat pahala walaupun dia salah.

Cerita di atas adalah salah satu daripada siri yang saya ambil daripada buku di bawah. Buku ini sebenarnya, bagus untuk dibacakan untuk kanak-kanak selain daripada mengandungi pengajaran di akhir penceritaan, cerita-cerita yang ada di dalam buku ini juga berdasarkan kisah yang benar-benar terjadi menurut sumber dan riwayat yang boleh dipercayai (sumber seperti Quran, Hadith dan Hayatus Sahabah). Selain daripada itu, buku ini juga sesuai untuk dijadikan bahan bacaan ringan untuk orang-orang dewasa seperrti kita (hhhmmm, adjust tekak dengan batuk yang manja - dewasa sangat!). Jadi, nak tahu details, sila klik pada link kat bawah buku. Sememangnya, boleh buat ruang iklan free blog i ni tau! But. it's a good book, really :)

oleh Ustaz Zahazan Mohamed


p/s: Sakit gigi! Al-maklumlah baby baru nak tumbuh gigi :'((

No comments: