Jan 5, 2010

Pengembaraan Ke-36 : Janda Baik

Seperti yang dijanjikan. Taaadaaaaa. Mempersembahakan perjalanan ke Janda Baik. Hehehe :)

mengapakah Kak Ja membuat muka terkejut?
 ohhh, saya nampak bulat dari tepi :p

Ok, back to the story (tiba-tiba, ayat tak relevan, padahal belum mula cerita pun, hahaha). Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 10.30, lepas singgah kat Petronas untuk membeli kudap-kudapan dan bateri penting bagi mengisi aktiviti malam kami di sana. Apa aktivitinya, sila teruskan membaca :)

Driver kami, Cik Azie membawa kami lalu Karak Highway so dari KL ke Janda Baik cuma mengambil masa 45 minit je untuk sampai. Sampai-sampai je kami terus check-in di Kobaik Chalet, terletak dekat Pulau Santap. Asal nama Pulau Santap kata Lennie sebab sultan Pahang suka bersantap kat sana. Tak tau la betul ke tak, tapi bunyinya macam serius je Lenn bercakap, maksudnya betul la tu kan.


pose menunggu Kak Dewi mengemas bilik kami.


 
tu tangan Kak Ja mengeli-gelikan muka Ruwaida kononnya.

Chalet yang kami sewa tu, hanya RM100 untuk semalam. Ada air-cond, tv, mini bar dan water heater. Ada yang lebih murah, RM50 semalam tapi cuma ada katil dan kipas je. Muat kami berlima dalam satu bilik. Lepas check-in kami pun mulakan lawatan kami tawaf kampung. First cari lunch dulu. Kami makan kat Mak Andak Nasi Ayam. Saya order maggie, sangat sedap (bukan tak nak order nasi ayam, tapi nasi ayam dia dah habis). Sangat pandai budak perempaun tu masak maggie.

Kemudian kami pergi menunggang kuda. Sebenarnya buka kami la, Azie je. Semua bukan takut nak naik, tapi panas (alasan). Tapi lupa apa nama tempat tunggangan tu, tapi sangat murah la. Satu pusingan padang yang sangat besar hanya RM5. Siap ada kelas menunggang kuda kat sini, 10 sesi RM450. Nasib baik tak duduk kat Janda Baikkan, kalau tak dah join team Qabil Ambak dah si Azie tu ;))

tu dia pose manja Azie dgn kuda dan abg kuda ;))

Lepas Azie menamatkan tunggangan, kami pergi berjalan-jalan lagi. Puas jalan-jalan kami stop minum cendol dan makan pisang goreng di simpang empat Kg. Janda Baik. Cendol pun sangat sedap. Saya suka cendol yang begitu, yang boleh lekat di lelangit dan rasa-rasa pandan.

Kemudian, berhenti untuk solat. Masjid dekat je dengan chalet tempat kami tinggal tu. Aktiviti seterusnya apa lagi, mandi sungai sampai maghrib la. Sampai biru-biru muka masing-masing. Lupa plak nak bagitau, yang chalet kami sewa tu terletak betul-betul depan sungai, so sangat best la view. Ok, siapa pandai, kalau pandai cuba teka ikan apa yang berenang melawan arus? Jawapannya ialah ini:


oppppsss, terliur plak. Yang bawah ni sebenarnya :p


 
ni baru betul, jawapannya = ikan salmon :) (sumber: google)

Lennie cerita kat negara mat salleh takde ikan sungai. So ikan yang ada ialah ikan salmon. Ikan salmon ni asalnya ikan laut. Tapi bila nak bertelur mereka akan mendaki puncak bukit (mendaki ke?) salah-salah berenang melawan arus, naik ke puncak bukit untuk bertelur. Time ni la nelayan-nelayan sibuk nak tangkap salmon kat sungai, ni Lennie cakap ye, kalau salah cari Lennie :p Kira kami mandi sungai bukan mandi kosong la, dapat jugak la ilmu pasal ikan salmon kan :)

Lepas habis mandi, maghrib, dah malam kami pun mulakan la aktiviti jalan-jalan, cari dinner pulak. Lepas dinner, tak sabar nak mulakan aktiviti kami. Taaadaaaa, ni la aktivitinya :





Bukan-bukan. Jangan salah faham. Bukan pergi menggoda jantan ataupun main cium-cium poster Pete Sampras kat atas tu. Tapi aktiviti kami bermain tennis. Mana pula datangnya court tennis tengah-tengah hutan tu kan. Sekali lagi, tadaaaaaaaaaaa :

terima kasih kepada wii milik Ruwaida :)

Hehe, main wii sampai jam 1-2 pagi lepas tu tidur. Esok pagi bangun lenguh-lenguh tangan. Pagi-pagi Lenn, Kak Ja dan Ruwaida dah bangun pergi breakfast di Andak's Cafe. Saya dan Azie membungkang lagi sebab penat berentap tennis malam tadi :p

Lepas balik dari breakfast, Lennie paksa semua orang bangun (bukan semua, paksa saya dan Azie je), pastu kami terjun balik ke dalam sungai. Gila sejuk. Kami check out tepat jam 12. Dalam perjalanan nak balik KL tiba-tiba berborak pasal azam 2010. Lennie cakap dia nak jadi spontan pada tahun 2010. Dan dengan demikian, kami pun terjebak sama dengan azam spontan Lennie. Ni la aktiviti spontan yang kami buat:


tengok gambar pun dah tau kan?

Ya, tepat. Kami pergi ke Genting Highlands. Tu yang sampai KL nak dekat pukul 11. Kat Genting main indoor game je sebab hujan. Kami sempat main beberapa game je sebab ramai orang beratur. Paling enjoy main bumper car dan menonton 4D motion pictures. Rasa real sangat sampai nak muntah-muntah dan lepas tu menjadi sangat letih :( Huuuuuuuuuaaaaargggghhhhhhhh - mak pesan menguap tutup mulut :)




8 comments:

SurayaHarris said...

okay..bday bed kak su belanja salmon steak..=)

bed : said...

nak kak sue yang masak k :)

SurayaHarris said...

erkkk

bed : said...

hehe.
takpe2, take your time :)
ada banyak masa lagi nak belajar masak salmon steak ni ;))

Si Pari Pari Boroi Yang Berterbangan said...

wallawey smart dowh...bagush ni g jenjalan ng kawan2...ngam ho!!! ni tgh pk nak bwk member frust putus cinta either ke janda baik or bukit fraser...hohoho...air sg die dalam x? utk photography lawa x?

bed : said...

SPPBYB : kalau nak mandi-mandi kat Janda Baik air ok jugak, kalau pergi Fraser Hill dekat Rertak (sblm sampai Fraser) boleh mandi manda jugak, air boleh tahan dalam. Cuma jln nak pergi Janda Baik lebih ok la sikit dari jln nak ke Fraser Hill.

Kalau nak ambil gambar, dua-dua tempat pun masih cantik dan hijau :)

Tapi kalau dari KL, pergi Janda Baik lebih murahlah, tu je kelebihannya :)

blog-tips-kurus said...

suka bace entry ni. :)

azie said...

tagline utk pagi2 buta ni...rinduuu angat angatt!!!